1. dua benda keras yang tumbuh di kepala binatang (seperti kerbau, lembu, dan lain-lain), sejenis cula:
~ lembu;
~ rusa;
2. daripada bahan tanduk (alat perkakas dan lain-lain):
sikat ~;
3. sesuatu yang berbentuk (berupa) tanduk:
pisang ~;
~ badur = ~ koyok tanduk yang melengkung ke bawah;
~ cakah = ~ empang tanduk yang lurus mendatar;
~ capah tanduk lurus yang tumbuh mengangkang;
~ julang = ~ tegak tanduk yang lurus tegak tumbuhnya;
~ kangkum tanduk yang melengkung;
~ ragum tanduk yang pendek dan hujungnya hampir bertemu;
~ tendang tanduk yang satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah;
~ di kepala tak dapat digelengkan (peribahasa) seseorang itu tidak dapat melepaskan diri daripada kewajiban sendiri;
bagai ~ bersendi gading (peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;
bagai ~ diberkas (peribahasa) amat sukar menyatukan (orang yang berlainan fikiran dan lain-lain);
bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ (peribahasa) orang yang terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yang membuat kejahatan orang menyangka dia juga;
menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kepada kuda (peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat;
sedepa ~ yang datang, sejengkal ~ yang menanti, payah juga yang datang (peribahasa) [Minangkabau] perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri);
tak (dapat) ~ telinga dipulas (peribahasa) sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam;
bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya;
(menantikan) kucing ~ (peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin;
menanduk
1. menyondol dengan tanduk (kerbau, lembu, dan lain-lain);
2. menyondol sesuatu dengan kepalanya, memukul dengan kepala:
pemain itu sedang ~ bola.