cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani);
musim ~ musim menanam padi;
bertanam
1. sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian:
kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi;
2. [sastera lama] mengebumikan, menguburkan mayat:
di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik;
berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar (peribahasa) sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan;
menanam
1. menaruh (mencucuk, menabur, dan lain-lain) benih ke dalam tanah supaya tumbuh:
bendang ialah tempat ~ padi;
2. menaruh sesuatu dalam lubang dan dikambusi dengan tanah, menimbuni sesuatu yang di dalam lubang dengan tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dan lain-lain):
ia menyumpah orang yang ~ barang letupan itu;
maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid;
3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dan lain-lain), membangkitkan dengan memupuk (semangat, perasaan, dan lain-lain):
di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yang telah patah;
4. memasukkan wang (modal) dalam sesuatu perusahaan dan lain-lain, memodali, melabur:
ia telah ~ modal sebanyak RM600;
5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan):
pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini;
6. memasukkan benih penyakit ke dalam badan (untuk mencegah daripada dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dan lain-lain);
7. mempunyai niat, berhajat (untuk berbuat sesuatu), berniat:
~ niat untuk naik haji;
8. mengangkat atau menempatkan (sebagai wakil, pegawai, dan lain-lain);
9. [Perlis], [bahasa percakapan] masuk ke dalam lumpur (ikan), membenamkan diri (dalam lumpur):
puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya;
~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kepada;
~ modal mengeluarkan modal untuk sesuatu perusahaan, melabur;
~ semula menanam pokok baru untuk mengganti yang tua (getah);
bagaimana ditanam, begitulah dituai (peribahasa) tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya;
tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dan lain-lain;
menanami menanam sesuatu di:
di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan;
tertanam
1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dalam, terbenam:
baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya;
2. [kiasan] tersemat di hati:
apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha untuk mendirikan masyarakat…;
tanaman
1. tumbuh-tumbuhan yang biasa ditanam (seperti ubi, keladi, dan lain-lain), apa yang ditanam:
sebahagian daripada hasil ~nya dijual;
~ kontan tanaman yang diusahakan dalam sesuatu kawasan tanaman untuk mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman kekalnya;
~ penutup (Biologi) tumbuhan (lazimnya daripada jenis rumput rampai) yang ditanam untuk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelembapan dan kesuburan;
2. sesuatu yang tertanam, pendaman;
tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman;
petanaman tempat menanam tumbuh-tumbuhan;
penanaman perihal menanam (menanamkan):
petani-petani dalam mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu;
~ modal perihal menanam modal, pelaburan;
penanam orang yang menanam (menanamkan);
~ padi pesawah;
~ modal orang yang mengeluarkan modal (wang dan lain-lain) untuk menjalankan perniagaan dan lain-lain, pemodal, pelabur.