~ judi suka (kuat) berjudi;
~ rokok suka (kuat) menghisap rokok;
menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan:menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu:
Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yang ~ seperti alkohol dan dadah;
ketagih rasa ingin benar akan sesuatu:
saya, dengan main ekor ini seperti ~ candu;
ketagihan dalam keadaan ketagih:
sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar;
~ dadah (candu, rokok, dan lain-lain);
penagihan perihal menagih sesuatu:
~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang;
penagih orang yang menagih sesuatu;
~ dadah orang yang ketagihan dadah;
~ televisyen orang yang ketagihan menonton televisyen.