tagih I

menagih
1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dan lain-lain), meminta dijelaskan (hutang dan lain-lain):
dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya;

2. menuntut supaya menunaikan janji dan lain-lain, menggugat:
Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera;

tagihan
1. wang dan lain-lain yang ditagih, hasil daripada menagih:
tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah untuk bayaran rumah Mariatun;

2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dan lain-lain:
surat ~ hutang;

penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dan lain-lain:
hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan;

penagih orang yang menagih.

berkongsi