tabuh

1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dan lain-lain);
~ larangan tabuh di istana raja yang hanya dipalu apabila ada hal-hal yang penting;

2. alat untuk memalu bunyi-bunyian (gong dan lain-lain):
~ beduk;

3. bunyi beduk (gendang) sebagai isyarat:
terdengar ~ panjang tentu ada orang yang meninggal;
akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih
= untuk ~ singkat, untuk gendreng panjang (peribahasa) sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud;
lulus ~ perhatian (peribahasa) berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat dan lain-lain;
masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ (peribahasa) besar belanja daripada hasil pendapatan;
mulut ~ dapat disumbat,mulut orang bagaimana menyumbatnya (peribahasa)jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya;

menabuh
1. memalu (memukul) tabuh dan lain-lain:
mereka ~ gendang raya pada tiap-tiap petang Jumaat;

2. [Perlis], [bahasa kasar] membuat sesuatu dengan kasar (makan dengan rakus dan lain-lain);

tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yang dipalu;

penabuh
1. orang yang memalu (memukul) tabuh dan lain-lain, pemalu;

2. [Kedah] perbuatan memukul seseorang.

berkongsi