1. kertas yang ditulis, segala sesuatu yang tertulis (tercetak dan lain-lain):
maka dikeluarkannya dua gulung ~;
juru~ orang yang menulis surat (penulis);
2. = ~ kiriman kertas yang ditulis (mengandungi khabar dan lain-lain) dan dikirim kepada orang lain:
dia baru menerima ~ daripada ayahnya;
peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat;
sampul ~ = sarung ~ selongsong daripada kertas (tempat memasukkan surat yang hendak dikirim);
tukang ~ [Indonesia] tukang pos;
3. sesuatu yang ditulis, tulisan:
dalam zaman itu, belumlah ada seorang pun yang terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya;
~ akuan surat yang ditulis untuk memperakukan sesuatu (seperti barang jualan, kelayakan seseorang, dan sebagainya);
~ anggota [Indonesia] surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain;
~ angkatan [Indonesia] surat rasmi untuk menjabat sesuatu jawatan;
~ anonim surat yang tidak diketahui penulisnya;
~ azimat kertas yang bertulis dengan ayat tertentu sebagai tangkal dan lain-lain;
~ bahari ark surat yang mengesahkan penerimaan, resit;
~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai kelahiran dan lain-lain;
~ berdaftar surat kiriman yang didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang);
~ berhenti
a) surat pengesahan berhenti (dari sekolah) yang diberi oleh guru besar;
b) surat memohon berhenti daripada jawatan;
c) surat dipecat daripada jawatan;
~ belasungkawa surat untuk menyatakan turut berdukacita;
~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yang tidak diketahui penulisnya (khas untuk mengkritik dan lain-lain);
~ cap surat yang rasmi;
~ cara dokumen undang-undang seperti geran, kontrak, dan sebagainya;
~ cepat [Indonesia] surat (penting) yang mesti disampaikan lekas-lekas;
~ cerai = ~ talak surat yang menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya;
~ dakwa surat yang mengandungi tuduhan yang dibacakan di hadapan hakim;
~ daftar senarai;
~ dinas [Indonesia] = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos);
~ doktor surat pengesahan daripada doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja);
~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yang diedarkan (untuk pengetahuan umum);
~ gadai
a) surat tanda meminjam wang dengan menggadaikan barang;
b) [Indonesia] surat penetapan cukai;
c) [Indonesia] surat izin (senjata api dan lain-lain);
~ hasrat (Ekonomi) surat yang menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak untuk melaksanakan kontrak, projek dan sebagainya;
~ hutang surat pengakuan telah meminjam wang daripada orang;
~ ikatan (Ekonomi) dokumen yang sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yang terlibat;
~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi;
~ iringan surat penjelasan yang dihantar bersama-sama dengan dokumen, barang dan sebagainya;
~ isian [Indonesia] surat yang harus diisi, borang;
~ izin = ~ kebenaran surat yang menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran untuk melakukan (memiliki) sesuatu;
~ jaminan surat untuk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dan lain-lain);
~ jemputan = ~ undangan surat untuk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dan lain-lain);
~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan;
~ kawat telegram;
~ keberatan [Indonesia] surat yang menyatakan berkeberatan;
~ kenalan surat untuk memperkenalkan seseorang dan lain-lain;
~ kepercayaan [Indonesia] surat yang menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dan lain-lain;
~ keterangan surat yang memberi keterangan berkenaan sesuatu;
~ kiriman surat yang dikirimkan dengan pos;
~ kredit (Ekonomi) dokumen daripada sebuah bank kepada bank lain yang membenarkan pembayaran dibuat kepada penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sebagai bukti kemampuan pengimport membayar beliannya;
~ kuasa surat yang memberi kuasa kepada orang tertentu untuk mengurus sesuatu;
~ layang = ~ terbang surat yang tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yang mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dan lain-lain);
~ lepas
a) surat cerai;
b) surat yang menyatakan sudah diberhentikan daripada jawatan;
~ mati surat keterangan tentang kematian;
~ nujum surat yang mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas);
~ paksa [Indonesia] surat amaran yang diberikan kepada orang yang tidak membayar cukai;
~ partikelir [Indonesia] surat yang bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan);
~ pas surat yang mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dan lain-lain);
~ pelekat surat iklan dan lain-lain yang ditampalkan di mana-mana;
~ pemberitahuan surat untuk memberitahukan sesuatu kepada orang;
~ pemilih = ~ suara [Indonesia] surat untuk memilih (wakil rakyat dan lain-lain);
~ pengantar [Indonesia] surat yang dikirim bersama barang yang dihantar;
~ perintah = ~ tugas [Indonesia] surat yang menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) untuk melakukan sesuatu;
~ perjanjian surat yang menyatakan perjanjian yang telah dibuat;
~ permintaan = ~ permohonan
a) surat untuk meminta sesuatu daripada pembesar dan lain-lain;
b) surat untuk melamar pekerjaan;
~ pujian = ~ puji-pujian
a) surat yang menyatakan kebaikan sesuatu;
b) surat yang mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dan lain-lain;
~ rantai = ~ berantai surat yang dikirimkan kepada orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kepada orang lain;
~ rayuan surat yang mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dan lain-lain) kepada pembesar-pembesar dan lain-lain;
~ salinan surat yang disalin dari surat asal;
~ saman = ~ sita surat yang mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah);
~ sebaran = ~ selebaran surat yang dibahagi-bahagikan kepada orang ramai (mengandungi pengumuman untuk orang ramai dan lain-lain);
~ segel [Indonesia] surat yang bercap (untuk perjanjian dan lain-lain);
~ sembah [sastera lama] surat tanda tunduk (kpada raja lain);
~ sumpah
a) surat pengganti surat beranak yang hilang (dikeluarkan oleh kerajaan);
b) surat ikrar atau janji yang teguh;
~ syer surat yang menandakan seseorang memiliki syer (dalam sesuatu syarikat perdagangan dan lain-lain);
~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dan lain-lain);
~ tempelan [Indonesia] surat pelekat;
~ terbuka
a) surat yang tidak dimasukkan ke dalam sampul surat;
b) surat kepada orang tertentu yang disiarkan di dalam akhbar dan lain-lain (sebagai menyatakan bantahan dan lain-lain);
~ tercatat = ~ terdaftar [Indonesia] surat berdaftar;
~ titah surat yang mengandungi titah raja;
~ tuduhan surat yang mengandungi tuduhan;
~ tukar nama surat yang mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dan lain-lain);
~ ugutan surat yang mengugut atau mengancam;
~ ukur [Indonesia] surat yang mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali;
~ uleman [Indonesia] surat jemputan;
~ undi (undian)
a) surat yang berisi nombor untuk mengundi;
b) tiket loteri;
~ wakil surat yang membenarkan pembawanya bertindak sebagai ganti orang yang mengeluarkan surat itu;
~ wasiat surat yang mengandungi pesanan orang yang meninggal;
~ atas batu (peribahasa) sesuatu adat yang terus dipakai selama-lamanya;
bersurat
1. memakai surat;
para jemputan yang tidak ~ para jemputan yang dijemput dengan mulut (tidak dengan surat);
2. ditulis, bertulis;
batu ~ prasasti;
menyurat
1. membuat surat:
ia pun mengambil upah ~;
2. menulis:
kerjanya ~;
sebagai ~ di atas air (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;
surat-menyurat
1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat:
selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara;
2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat;
kerani ~ kerani yang mengurus hal surat (di pejabat dan lain-lain);
menyurati
1. menulis pada, menulisi;
2. menulis (mengirim) surat kepada;
menyuratkan
1. menulis untuk:
suratkan hamba cerita ini;
2. menulis sesuatu pada:
dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan:
dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya;
tersurat
1. telah ditulis, tertulis, tercatat:
pembaca tidak tahu akan maksud yang ~ itu;
2. telah ditakdirkan:
kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas;
suratan
1. sesuatu yang disurat, tulisan:
apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yang dibubuh cap;
2. = ~ takdir sesuatu yang telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang:
ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~;
~ tangan
a) garis-garis (retak) pada tapak tangan;
b) suratan takdir;
persuratan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan:
cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dalam ~ Melayu.