sunyi

1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap:
suasana menjadi ~, masing-masing membisu;
~ senyap
sangat sunyi;

2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi:
dari jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi;
negeri itu ~;
pasar sudah mulai ~;

3. bebas daripada, jauh (dr), lepas daripada:
manusia di dalam dunia ini tidak ~ daripada tamak dan haloba;
bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dengan lebih ghairah walaupun tidak ~ daripada masalah;
tiada ~nya
= tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa;

4. [Pahang] rindu (akan);

bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri daripada orang ramai, mengasingkan diri, menyendiri:
sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama-lama di situ;

menyunyi [arkaik] menjadi sunyi (senyap, sepi);

kesunyian
1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian:
bunyi air yang mencurah dari cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam;

2. berasa sunyi (kerana keseorangan dan lain-lain):
segala yang berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.

berkongsi