sungguh

1. tidak bohong, tidak lancung, benar, betul:
~ demikianlah yang sebenar-benarnya kejadian;

2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun:
kelemahan inilah yang harus diketahui, yang harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya;

3. amat, sangat, terlalu:
bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar;
letih ~ rasa badan saya;

4. memang, sebenarnya, sebetulnya:
~ ada bapamu meninggalkan engkau emas;

sesungguhnya
1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya:
~ dua hari yang telah lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia;

2. memang (begitu), sememangnya:
~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat;

bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dengan segenap hati, dengan penuh minat, tidak main-main:
apakah pengakuannya itu satu pengakuan yang dibuat ~ atau kerana paksaan?

menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi [Minangkabau] mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh (tidak main-main, dengan sedaya upaya):
maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut;

menyungguhkan
1. mengakui, membenarkan, mengesahkan:
sekalian yang mendengar itu ~;

2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dengan segenap hati):
segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi;

3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (daripada musuh dan lain-lain);

kesungguhan perihal (sikap dan sebagainya) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan:
ia mendengarnya dengan penuh ~;
satu persoalan yang dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dalam usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;

penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.

berkongsi