sudi I

1. tidak keberatan (untuk melakukan sesuatu), bersedia, rela:
jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima;

2. suka (akan), berkenan, mahu:
kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi dikatanya tidak ~;

bersudikan berkenan akan, suka akan;

menyudikan, mempersudikan
1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan;

2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan:
tamu-tamu dipersudikan masuk;
sudikanlah masuk ke rumah saya;

3. menarik (memancing) supaya mahu dan lain-lain (melakukan sesuatu);

kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan.

berkongsi