1. bunyi manusia (bercakap dan lain-lain):
~ itu nyatalah ~ perempuan;
2. bunyi binatang:
ia sangat hairan mendengar ~ burung itu;
3. bunyi alat perkakas (radio dan lain-lain);
4. apa yang dikatakan (diucapkan), perkataan, ucapan:
~ menentang Presiden Filipina makin lama makin lantang kedengaran;
membuka ~ memberi pendapat;
5. bunyi yang dikeluarkan oleh manusia dalam sesuatu bahasa, bunyi bahasa;
6. sesuatu yang menjadi jurucakap atau lidah rasmi (untuk melahirkan perasaan, pendapat, dan lain-lain):
akhbar itu mewakili ~ kerajaan;
7. pernyataan bersetuju atau tidak (dalam mesyuarat, perundingan, pemilihan, dan lain-lain):
cadangannya itu telah mendapat sokongan sebulat ~;~ bulat persetujuan daripada semua pihak;
~ hati perasaan hati (untuk membezakan antara baik dengan buruk);
~ latar ulasan atau penerangan dalam sesebuah filem dan sebagainya oleh penutur yang tidak dapat dilihat;
~ pemutus kuasa untuk membuat sesuatu keputusan (dalam pembicaraan dan lain-lain);
~ ramai pendapat orang ramai;
~ sumbang pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum;
kalah ~ kalah undi;
memberikan ~ menyatakan setuju atau tidak, turut membuang undi;
mendapat ~ dipilih dalam pengundian;
bersuara mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap:
tiada seorang pun yang ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja;
menyuarakan
1. mengatakan, mengucapkan:
ahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dalam perjumpaan-perjumpaan umum;
2. menyanyikan (lagu);
penyuaraan perihal mengeluarkan suara.