soal

1. soalan:
~ semacam itu tidak perlu dijawab;

2. hal atau perkara (yang sulit atau rumit), masalah:
~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya;
~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dalam perbualan kami;
~ pokok hal (perkara) yang penting atau utama;
~ selidik sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu;

bersoal mengemukakan soal, bertanya;

menyoal mengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya:
Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawaban;
~ balas
menyoal seseorang yang memberi keterangan untuk sesuatu pihak (pihak lawan dan lain-lain) untuk memastikan kesahihan keterangan yang diberikannya;

menyoalkan menanyakan sesuatu kepada;

mempersoalkan mengemukakan sesuatu sebagai soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan:
akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;

soalan sesuatu yang ditanyakan (dalam peperiksaan dan lain-lain), pertanyaan:
jawab lima daripada tujuh soalan yang di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dan sebagainya) yang sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dan sebagainya dijalankan:
mereka mendapat ~ bocor SPM daripada pemuda itu;
~ ramalan
soalan yang diramalkan akan keluar atau ditanyakan dalam peperiksaan, ujian dan sebagainya:
dalam saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kepada ~ ramalan serta tip yang diberi oleh guru.

persoalan
1. sesuatu yang dipersoalkan, masalah:
semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik;

2. pembicaraan, perbahasan, perbincangan;

penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan:
cerpen ini berakhir dengan ~ terhadap dirinya;

penyoal orang yang menyoal atau mengemukakan soalan:
soalan yang dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden.

berkongsi