sihat

1. tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar:
anak-anaknya ~-~ sahaja;

2. sembuh daripada sakit, pulih, betah:
aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ seperti sediakala;

3. [kiasan] dalam keadaan yang baik (elok, biasa, dan lain-lain), berjalan dengan lancar (rancangan dan lain-lain), masuk akal (pendapat dan lain-lain), dapat diterima:
walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya;

4. berjalan (dilakukan dan sebagainya) dengan baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dan sebagainya):
mereka haruslah mengendalikan proses pembelian dengan berkesan agar wujud pertandingan yang ~ dalam pasaran;

menyihatkan
1. menjadikan sihat:
makanan itu tidak sedap tetapi mesti dimakan untuk ~ badan;

2. memulihkan (seperti sediakala atau lebih baik):
mereka didapati menghidap penyakit yang susah hendak disihatkan;
cita-citanya ialah hendak ~ masyarakat yang telah rosak moral itu;

3. mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan, berkhasiat:
makanan yang ~;

penyihatan perihal menyihatkan;

kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dan lain-lain):
Kementerian K~.

berkongsi