sidang I

1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dan lain-lain), sekalian anggota:
~ mesyuarat;
~ majlis
semua orang yang hadir dalam majlis;

2. sekalian, para, segala (untuk menyatakan banyak):
~ pendengar;

3. = persidangan perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat:
masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu;
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah;

4. [arkaik] dewan, majlis;
~ perang majlis perang;
~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yang diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dan lain-lain) kepada pemberita akhbar;
~ jemaah
a) = ~ Jumaat orang yang bersembahyang Jumaat;
b) [Indonesia] segolongan daripada masyarakat Kristian;
~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yang diadakan pada peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dan lain-lain);
~ pembaca segala orang yang membaca, para pembaca;
~ pengarang setiap anggota pengarang (pada sesebuah penerbitan dan lain-lain), anggota redaksi;
~ pengurus
a) badan atau majlis yang mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dan lain-lain);
b) setiap anggota pengurus;
~ pleno sidang lengkap (daripada seluruh ahli);
~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya;
~ tergempar mesyuarat yang diadakan secara tergempar (untuk menyelesaikan sesuatu);
~ tertutup sidang untuk para ahli sahaja;
~ video perbincangan dan sebagainya yang menggunakan alat komunikasi yang membolehkan dua individu atau lebih dari tempat yang berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain;

bersidang mengadakan sidang atau persidangan, bertemu untuk berunding, bermesyuarat:
pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ untuk menyusun langkah menyerang musuh.

berkongsi