1. cahaya semarak:
nila gunanya untuk menghilangkan warna perang pada kain putih dan menambah ~ pada warna biru;
2. kemuliaan, keindahan, kemegahan:
Rafeah itu ~ segala perempuan di situ;
~ balai [sastera lama] balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat);
~ gadus sejenis kuih pipih dan bulat yang diperbuat daripada tepung gandum;
~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus);
~ kaya sejenis makanan (daripada telur, gula, santan, dan tepung) yang biasanya dimakan dengan roti;
~ muka
a) air (cahaya) muka;
b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirangan dan lain-lain);
c) sejenis penganan daripada pulut berlapis dengan seri kaya;
~ panggung orang bintang bangsawan (sandiwara dan lain-lain);
berseri
1. bercahaya, bersemarak;
2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dan lain-lain):
maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi;
3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dan lain-lain (kerana kegirangan, keriangan, dan lain-lain):
dengan wajah yang ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya;
menyerikan menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan (majlis dan lain-lain):
majlis itu diserikan dengan pencak silat;
pohon rendang yang sedang diserikan oleh bunga yang memerah cerah;
keserian keadaan yang (ber)seri:
~ pakaian baginda terserlah dengan selendang kuning yang dipakainya;
penyeri seseorang atau sesuatu yang menyerikan:
anak-anak itulah yang menjadi ~ rumah tangga mereka.