berserah
1. bergantung nasib diri kepada, memulangkan nasib kepada:
sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja;
2. = ~ diri memberikan diri kepada yang berkuasa seperti kepada polis (orang salah dan lain-lain);
menyerah
1. menggantungkan nasib kepada, bertawakal kepada, berserah:
jangan lekas ~ kepada takdir;
2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah:
biarlah darahnya dihirup daripada ~ kalah;
3. = ~ diri
memberikan diri kepada yang berkuasa (orang salah, orang yang ditewaskan dalam peperangan, dan lain-lain):
beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri;
4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja:
akhirnya ia ~ kepada kehendak Raden Menteri;
menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kepada:
beliau telah diserahi tugas yang serupa;
menyerahkan
1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dan sebagainya) sesuatu kepada:
ayahnya telah ~ wang yang diminta itu;
tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kepada sahaya;
~ kehormatan membiarkan diri dinodai (dicabuli);
2. mempercayakan (kepada), mengamanahkan sesuatu (kepada):
mana pekerjaan yang diserahkannya kerjakan olehmu;
3. = ~ diri
menyerah diri:
ia ~ dirinya kepada aku;
4. ~ diri menggantungkan (mempertaruhkan) nasib dan lain-lain kepada, bertawakal kepada:
hendaklah engkau sangat-sangat ~ ke hadrat Allah Taala;
terserah
1. diserahkan (diberikan) kepada:
dan lagi ada pula kuasa yang besar ~ ke dalam tangannya;
2. bergantung kepada, terpulang kepada (pertimbangan, pemikiran, dan lain-lain):
bagi mentafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kepada aliran fikiran orang yang mentafsirkan itu;
serahan apa-apa yang diserahkan:
anakku, aku serahkan ke dalam tanganmu, ~ yang bulat-mulat;
penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dan lain-lain):
kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kepada British.
penyerah orang atau pihak yang menyerahkan sesuatu.