seperti

1. sama (serupa) dengan, sebagai, semacam:
rambutnya ~ rambut perempuan;
laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar;

2. sesuai dengan, sebagaimana:
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yang tersiar dalam akhbar ini;

3. seolah-olah, macam:
~ tidak ada orang lain yang pandai;

4. = sepertinya misalnya, contohnya, umpamanya:
akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dan lain-lain banyak dibaca di kampung-kampung;
bukan ~
bukan main;

sepertinya
1. jikalau, seandainya, sekiranya:
~ engkau diajak mahukah engkau pergi?

2. selayaknya, semestinya:
maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dengan ~;

3. umpamanya;

sepertikan tidak ubahnya, bagaikan:
ia berjalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya;

menyepertikan sl
1. menjadikan sebagai sepatutnya, menjadikan sebagai yang sepantasnya;

2. menyamakan dengan, menganggap seperti.

berkongsi