[Indonesia]
1. = semprotan sejenis pam untuk menyemburkan sesuatu (seperti air, cat, dan lain-lain);
2. alat untuk mencucukkan (menyuntikkan) ubat ke dalam tubuh;
menyemprot
1. menyembur:
segenap ruang dan bilik mesti disemprot dengan gas beracun;
2. memasukkan (ubat dan lain-lain) ke dalam tubuh dengan semprot;
3. [bahasa percakapan] mengeluarkan kata-kata yang keras, memarahi, memaki:
ia tidak berani keluar malam lagi kerana takut disemprot isterinya;
menyemprotkan menyemburkan (cat, air, dan lain-lain);
semprotan
1. = semprot alat untuk menyemburkan sesuatu (air, cat dan lain-lain);
2. [bahasa percakapan] celaan, makian, cacian.
berkongsi