sembur

1. sesuatu (kunyahan sirih dan lain-lain) yang dipancuntukan dari mulut (untuk mengubat penyakit dan lain-lain);
~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dengan jampi dan sembur;

2. [kiasan] kata-kata yang kasar (dikeluarkan kerana marah dan lain-lain), makian, hamun:
kelasi yang kena ~ ini kembali membersihkan geladak seperti biasa;
seperti polong kena ~
(peribahasa) berlari lekas-lekas kerana ketakutan;

bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dan lain-lain), berpancaran:
dari belakang lehernya darah ~ keluar;

bersembur-semburan saling memancarkan (air dan lain-lain):
mandi ~ di sungai;

menyembur
1. keluar dengan memancut, memancar:
sungai yang arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman;

2. = menyemburi mengubati (penyakit) dengan jampi dan sembur:
ibu hanya disembur dengan air sirih dan jampi mantera;

3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dan lain-lain) pada:
~ dinding dengan cat berwarna biru;

4. [kiasan] mengeluarkan kata-kata dengan kasar, menghamun, memaki:
daripada mulutnya ~ entah beberapa ratus perkataan yang tidak dapat difahami;

sembur-menyembur saling menyembur, bersembur-semburan;

menyemburkan
1. memancarkan atau memancuntukan sesuatu (kunyahan sirih, air, dan lain-lain) daripada mulut:
sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya;

2. memancarkan sesuatu kepada (dengan penyembur):
Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya;

tersembur
1. terpercik (terpancar) keluar:
seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yang masih belum terkunyah;

2. kena sembur, disembur;

3. terkeluar atau terbit dengan tiba-tiba (kata-kata dan lain-lain):
belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar;
~ gelak
[Minangkabau] tiba-tiba ketawa;

semburan
1. sesuatu yang terpancar (terpancut) keluar, pancaran:
~ halus minyak bahan api itu terbakar dengan serta-merta;

2. [kiasan] makian, marah:
dengan ~ kata-kata itu, bapa berubah dari gelegar buluh ke kepala bendul;

bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dan lain-lain), bersembur-sembur:
darah ~ keluar dari rusuknya;

penyemburan perbuatan menyembur(kan);

penyembur
1. sesuatu (ubat-ubatan dan lain-lain) yang disemburkan;

2. alat untuk menyemburkan sesuatu:
~ cat.

berkongsi