seluruh

segenap, seantero, semuanya (dianggap satu):
Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan untuk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan;
~ perhatian mestilah diberikan kepada percakapan itu;

menyeluruh
1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dan lain-lain):
pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi;

2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dan lain-lain):
satu sistem yang ~ untuk menyampaikan maklumat;

menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai:
pandangannya ~ ruang bilik darjah itu;

keseluruhan
1. perihal semuanya (seluruhnya):
baca rencana itu berkali-kali dan fahamkan maksud ~nya;

2. kesatuan, keseutuhan:
masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, melainkan harus merupakan suatu ~;
pada ~ nya
pada umumnya, amnya.

berkongsi