sejuk beku

diawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (berkenaan (dengan) bahan makanan dan sebagainya):
kesegaran dan mutu ikan ~ juga sama dengan ikan segar biasa;
sperma ~;

menyejukbekukan menyebabkan (bahan makanan dan sebagainya) sejuk beku:
peringkat pertama ialah langkah ~ makanan basah;

penyejukbekuan proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menyejukbekukan:
buah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan;
pektin digunakan untuk mengawal saiz hablur ais yang terbentuk semasa ~.

berkongsi