menyedut
1. menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut, hidung, dan lain-lain), menghirup, menghisap:
dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yang keluar dari hidungnya;
dia ~ rokoknya;
2. [kiasan] memetik, mengambil, mendapatkan (dengan keras), memeras:
di bawah ini kita sedut sebahagian besar daripada surat-surat itu;
mereka ~ wang daripada orang ramai;
tersedut terhisap (dengan kekuatan udara) masuk kerana disedut:
maka darah itu dengan serta-merta ~ masuk ke dalam tiga pembuluh besar;
sedutan
1. yang telah disedut, hasil menyedut:
~ pertamanya pada rokok itu panjang sekali;
2. sebahagian kecil daripada sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dan sebagainya yang dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan:
sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut;
tayangan ~ filem yang berkenaan menjadi sebahagian daripada atur cara majlis;
penyedutan perbuatan menyedut (menghisap dan lain-lain), penghisapan;
penyedut sesuatu (alat dan lain-lain) yang menyedut;
~ air batu pembuluh untuk menyedut air batu, straw;
berpenyedut mempunyai penyedut:
gelas ~.