1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dalam hati:
Ramli memandang kepada ibunya dengan sayu, ~, perih;
2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba):
Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya;
berita ~;
cerita ~;
bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita:
dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh;
menyedihkan
1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacitakan:
apa yang ~ hati adik?
2. berasa sedih kerana sesuatu:
tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu;
kesedihan perihal sedih, kepiluan:
bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~;
penyedih orang yang mudah berasa sedih (selalu berasa sedih).
berkongsi