1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa:
cincin bermata ~;
~ sama lain sama sendiri (sesama mereka);
tidak ada ~ pun tidak ada langsung;
2. [bahasa percakapan] ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik:
awak ni ~ juga;
~ per ~ = satu-satu ~ detik sepuluh rebah (peribahasa) seorang yang disindir, semua yang hadir turut tersinggung;
satu-satu
1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu:
timbang benda itu ~;
2. [bahasa percakapan] apa-apa, sesuatu:
banyak orang yang menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah;
satu-satunya tidak ada yang lain, satu sahaja:
dialah ~ orang Melayu yang sanggup memikirkan masalah masyarakat Melayu;
bersatu
1. bergabung menjadi satu:
Bangsa-Bangsa B~;
enam puluh orang pemuda dari kampung itu telah pun ~ untuk menjaga keamanan di situ;
2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yang lebih besar):
saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar;
3. bersebati (menjadi satu):
zat makanan itu ~ dengan oksigen di dalam sel;
4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata;
5. duduk bersama (sebagai suami isteri):
mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~;
6. [bahasa halus] melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama;
~ padu bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yang kukuh:
cinta laki-laki ~ padu dengan cinta perempuan sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan;
sewajibnyalah mereka ~ padu dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;
menyatukan
1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh):
bahasa ~ bangsa;
2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dan lain-lain), memusatkan:
sekarang marilah kita ~ tekad kita;
3. [bahasa halus] mengahwinkan, menikahkan;
mempersatukan
1. menjadikan bersatu (berkenaan (dengan) rakyat sesebuah negara dan sebagainya);
2. mengahwinkan,menikahkan:
maka muafakatlah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri;
satuan
1. angka yang kurang daripada 10 pada bilangan yang mempunyai lebih daripada satu angka;
2. sesuatu yang digunakan sebagai dasar sukatan (ukuran dan lain-lain), unit:
gantang ialah ~ ukuran banyak;
ringgit merupakan ~ wang di Malaysia;
kesatuan
1. keadaan yang satu (tunggal), keesaan:
~ Allah;
2. keadaan yang satu (sama):
manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau linguistic unity itu;
3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (untuk menjaga kepentingan mereka):
K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas;
4. [Indonesia] satuan, unit;
5. [Indonesia] satu kumpulan (orang, perkakas, dan lain-lain) yang merupakan badan dan lain-lain yang tersendiri, unit:
~ tentera payung;
persatuan
1. gabungan, ikatan, kumpulan:
anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang;
P~ Bola Sepak Malaysia;
2. perikatan, syarikat:
setiausaha ~ kastam;
3. perihal bersatu:
~ urat pada tangan dengan urat pada mata;
berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya:
memperbanyak aktiviti ~;
pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu:
~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu;
penyatuan perihal menyatukan:
~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yang besar;
penyatu orang (faktor dan lain-lain) yang menyatukan atau menyatupadukan:
ciri-ciri yang membezakan manusia tetapi yang juga menjadi unsur ~nya.