rundingan

1. perbincangan antara dua atau banyak untuk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dan sebagainya atau mencapai sesuatu persetujuan):
~ telah membawa kepada pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kepada perkelahian;
persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~;
~ meja bulat
rundingan dengan menggunakan meja bulat sebagai menunjukkan bahawa pihak-pihak yang terlibat mempunyai taraf yang sama;
~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian;

2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dan lain-lain), isi pembicaraan:
segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain;
~ damai pembicaraan untuk mencari perdamaian;

perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan:
ia telah memajukan tuntutannya dalam ~ itu;

perunding
1. orang yang berunding (untuk mencapai sesuatu persetujuan):
seorang diplomat dan ~ yang ulung;

2. orang (syarikat dan sebagainya) yang dirujuk untuk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dan sebagainya);
pakar ~ orang (syarikat dan sebagainya) yang mempunyai pengetahuan kepakaran yang tertentu dan berlaku sebagai perunding.

berkongsi