rukun II

1. tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dan lain-lain), tidak bertengkar dan lain-lain:
ia ingin kembali hidup ~ dengan isterinya;
hidup ~ damai dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia;

2. bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata:
ingin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~;

3. persatuan yang bertujuan untuk bantu-membantu;
~ kampung [Indonesia] persatuan penduduk kampung;
~ tani [Indonesia] persatuan kaum tani;
~ tetangga [Indonesia] persatuan antara orang-orang yang berjiran (bahagian daripada rukun kampung);

merukunkan
1. menyebabkan damai (aman dan lain-lain), mendamaikan:
siapa yang dapat ~ dua beradik yang berselisih itu?

2. menjadikan bersatu hati (bersepakat dan lain-lain), menjadikan bersepakat:
penduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dengan cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dengan usaha-usaha yang positif daripada kerajaan;

kerukunan
1. perihal hidup rukun, kesepakatan:
~ hidup dalam masyarakat;

2. perasaan rukun (bersatu hati).

berkongsi