[Arab]
1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan mengerjakan haji);
menunaikan ~ yang kelima mengerjakan ibadat haji;
2. dasar, tiang, asas, sendi:
negara yang mengamalkan ~-~ demokrasi;
3. sesuatu yang diharuskan, syarat:
seseorang yang hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ seperti yang dinyatakan di bawah ini;
~ fikli rukun yang berupa perbuatan dalam ibadat (rukuk dan sujud dalam sembahyang, tawaf dalam ibadat haji, dan lain-lain);
~ hidup syarat hidup;
~ iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk daripada Allah);
R~ Negara falsafah negara Malaysia yang mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan;
~ syarak asas dan hukum agama Islam;
~ syarat [Minangkabau] sesuatu yang harus diadakan mengikut adat.