[Minangkabau] buih:
apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dan lain-lain;
~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yang sangat hina dalam masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat;
meruap
1. [Minangkabau] berbuih, membuih:
air sabun itu ~;
2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dan lain-lain), membual dan berbuih-buih (air soda dan lain-lain yang dituang dalam gelas):
nasi yang ditanaknya itu ~;
gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih;
3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dan lain-lain), meluap-luap, menyala-nyala:
semangat orang akan ~ dan menyala lagi;
perasaan manusia yang hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yang merdeka;
darah ~ naik ke muka;
~ darahnya marah sekali;
4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan:
~ kerana kena panas;
5. menyombong, bercakap besar (membual):
jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri;
6. merebak (bau dan lain-lain):
dari dapur, ~ bau gulai ayam yang membuka selera;
7. (Kimia) cepat menjadi wap pada suhu bilik (berkenaan (dengan) pepejal atau cecair);
kemeruapan
1. (Kimia) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yang cepat bertukar menjadi wap:
setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yang mempunyai kelikatan dan ~ yang berbeza;
2. (Ekonomi) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dengan cepat.