ruang

1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah):
besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa;

2. bahagian yang (dibiarkan) kosong atau terbuka dalam sesebuah bangunan;

3. lubang yang terdapat dalam sesuatu benda, rongga:
~ hidung;
~ dada;

4. rongga yang dibatasi oleh bidang;
ilmu ukur ~ pengetahuan untuk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dan lain-lain);

5. (dalam ilmu falsafah) tempat atau rongga yang tidak ada batasnya, tempat segala yang ada:
namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas untuk bergerak, baik dalam ~ mahupun waktu;

6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain;
~ waktu yang sempit jarak waktu yang pendek (terhad);

7. = ruangan tempat yang lapang, bilik (bilik dalam rumah, bilik darjah, dan lain-lain):
~ duduk kami menghadap ke beranda;
matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu;

8. petak-petak dalam buah, pangsa;
durian lima ~ durian lima pangsa;

9. = ruangan tempat yang lapang dalam kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka:
perahu itu bocor, ~nya berisi air;
air ~
air dalam ruang kapal (perahu);

10. = ruangan petak atau kolum dalam surat khabar dan lain-lain, lajur:
satu hal yang baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan seperti sorotan, cerita pendek, dan lain-lain;

11. = ruangan petak atau kolum untuk angka:
sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dengan 76;
~ se (puluh, ratus, dan lain-lain);

12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan;
mencari ruang(an) hidup baharu;
tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya
nampak di lingkungan pandangan mata;

13. peluang atau skop:
Islam memberi ~ kepada akal manusia menyingkap rahsia alam tabii;
~ angkasa
angkasa lepas;
~ badan rongga pada badan;
~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dalam rumah;
~ dapur bahagian dapur rumah;
~ depan (muka) bahagian depan rumah;
~ lakon ruang (di pentas dan sebagainya) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita);
~ legar ruang yang agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dan sebagainya, lobi, foyer;
~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dan sebagainya);
~ mulut rongga mulut;
~ niaga ruang untuk menjadi tempat berniaga (dalam kompleks perniagaan dan sebagainya);
~ rias (hias) bilik atau tempat berhias;
ruang(an) selisih kolum (petak) yang menunjukkan angka selisih (dalam matematik);
~ tamu bilik atau ruang untuk menerima tamu;
~ udara
a) ruang terhad tempat udara wujud;
b) angkasa;
c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yang dari segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan:
~ udara Malaysia; bawah ~ [Brunei] bahagian di antara penyokong dengan lantai perahu;
merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga (peribahasa) marah yang tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kepada kita;

beruang mempunyai atau ada ruang yang kosong atau lapang:
bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung untuk berbaring merehatkan badan;

meruang mengeluarkan kotoran dari dalam perut mayat, menyucikan mayat;
~ senjata membersihkan senjata;

ruangan ruang;
~ pojok ruangan dalam akhbar atau majalah yang dikhaskan untuk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.

berkongsi