1. banyak yang harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk:
entah apa yang diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ untuk menangkapi kata-kata itu;
buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk;
2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh:
mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang;
di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja;
3. marah-marah, mengamuk:
~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya;
meribuntukan
1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan;
2. menimbulkan huru-hara (gaduh dan lain-lain), merusuhkan;
keributan
1. kesibukan, kegiatan (kerja):
~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala;
2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan:
soal yang ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;
peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh.