1. garis yang nampak pada benda keras (pinggan dan lain-lain) yang menunjukkan ia akan pecah atau belah:
~ pada pinggan itu makin menjadi besar;
2. mempunyai garis yang menunjukkan akan pecah atau belah:
pinggan-pinggan yang sudah ~ itulah yang digunakan setiap hari;
3. [kiasan] ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela:
kerja-kerja yang dibuatnya itu terlalu banyak ~nya;
4. [kiasan] ada perbalahan (perselisihan dan lain-lain) yang boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dan lain-lain), sudah tidak semuafakat lagi:
dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu;
5. = ~ tangan
a) rajah tangan, suratan tangan;
b) nasib badan:
manusia ini dilahirkan dengan cara yang sama tapi ~ tangannya berlainan;
~-~ mentimun [Minangkabau] retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah);
~–retai banyak retaknya;
~ seribu
a) banyak retaknya;
b) sejenis corak kain batik moden Malaysia;
~ batu (peribahasa) tidak didamaikan lagi (perselisihan dan lain-lain);
~–~ bulu ayam (peribahasa) mudah didamaikan (perselisihan dan lain-lain);
~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) (peribahasa)
a) perkara kecil yang akan menjadi besar;
b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yang lebih besar (pergaduhan, kematian, dan lain-lain);
~ pertujuh [Minangkabau] (peribahasa) perasaan hati yang hancur (kerana tersangat merindu);
bukan di ~ panas (peribahasa) [Minangkabau] bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);
meretak menjadi retak, mulai retak;
meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak:
cahaya matahari ~ genting-genting atap;
isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dengan Turki;