merenung
1. memerhatikan dengan teliti, menatap:
direnungnya muka anaknya lama-lama;
2. menjenguk, menjengul:
ia ~ ke luar jendela;
merenungi
1. memandang baik-baik, mengamat-amati dengan saksama, menatap(i):
direnunginya wajah Siti Salina;
lama juga ia ~ kitab itu;
2. memikirkan (sesuatu masalah dan lain-lain), dengan mendalam;
renungan
1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan:
malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu;
daripada air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk;
perenungan perbuatan dan sebagainya merenung(i):
~ tentang hubungan antara manusia sebagai peribadi yang berdaulat.
berkongsi