merayau, merayau-rayau
1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu):
gadis itu menyandarkan badannya pada tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~;
tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh;
2. pergi ke mana-mana untuk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dan lain-lain), mengembara:
ia ~ di bandar Melaka;
saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yang dibuat orang;
3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah:
matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dalam rumah;
maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan;
perayau orang yang suka merayau, kutu rayau.
berkongsi