1. besar (terbatas pemakaiannya);
alam ~ dunia sejagat;
badak ~ sejenis badak yang besar;
bandar ~ bandar yang besar;
gendang ~ gendang besar;
hari ~ = hari ~ puasa hari untuk meraikan berakhirnya puasa, lebaran;
hari ~ besar
a) hari raya puasa;
b) hari raya haji;
hari ~ haji (korban, adha) hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah);
Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia;
jalan ~ jalan besar;
kaya ~ kaya sekali;
bulan purnama ~ bulan purnama yang penuh;
2. [bahasa percakapan] hari besar;
~ haji hari raya haji;
kuih ~ kuih hari raya;
3. umum, awam (dipakai dalam beberapa ungkapan sahaja);
balai ~ balai untuk orang ramai;
Jabatan Kerja R~ jabatan yang mengurus kerja-kerja umum seperti membina jalan dan lain-lain;
pendakwa ~ pegawai yang mendakwa bagi pihak kerajaan;
pilihan ~ pilihan umum;
rimba ~ rimba luas;
beraya [bahasa percakapan] berhari raya;
merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dan lain-lain):
~ hari kemerdekaan negara;
~ hari jadinya;
perayaan pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dan lain-lain:
~ maulud Nabi SAW;
~ hari kemerdekaan.