1. tingkah, cara, laku, olah:
aku menjunjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yang lain masing-masing dengan ~nya;
2. jenis, macam:
dalam masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia;
aneka ~ berbagai-bagai jenis;
serba ~ serba macam;
3. lagu, langgam:
maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pada se~ sekalinafiri berbunyi;
ahli ~ ark ahli muzik;
4. corak, ragi, warna:
kain yang cantik ~nya;
~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yang berkaitan dengan situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dan lain-lain) yang tertentu;
banyak orang banyak ~nya (peribahasa) banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya);
seragam
1. sama potongan dan warnanya (berkenaan (dengan) pakaian dan lain-lain), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dan lain-lain):
pakaian ~;
2. sesuai, sepakat;
~ sebau sehati (suami isteri dan lain-lain);
menyeragamkan menjadikan seragam:
~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia;
keseragaman perihal (keadaan dan sebagainya) seragam:
~ bentuk;
~ warna;
penyeragaman perbuatan menyeragamkan:
ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia;
beragam;
beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna:
masyarakat yang digaulinya jauh lebih ~ dan luas daripada masyarakat zaman ayahnya;
ramai ~, rimbun menyelara (peribahasa) setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dan lain-lain) sendiri;
meragam
1. menyanyi (bernyanyi, berlagu);
2. mewarnai;
3. [bahasa percakapan] berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka):
kereta buruk yang ~;
gadis itu terus-menerus ~;
meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dan sebagainya) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja:
mereka tahu ~ masakan untuk hidangan sehari-hari;
keragaman
1. perihal berjenis-jenis ragam:
orang yang begini membawa sekali ~ yang beraneka juga;
2. = ~ jiwa keadaan (jiwa).