putih I

1. warna yang paling cerah (seperti warna kapas), lawan hitam:
bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~;
orang ~ = bangsa kulit ~
bangsa Eropah;

2. [kiasan] bersih, murni, suci;
~ bersih putih lagi bersih, putih sekali;
~ gading warna putih kekuning-kuningan (seperti warna gading);
~ hati
a) lurus hati, jujur;
b) baik hati (suka menolong dan lain-lain);
~ krim warna putih bercampur kuning (berkenaan (dengan) kain, cat dan sebagainya);
~ kuning
a) kuning langsat (warna kulit yang elok);
b) kekasih;
~ langsat putih kuning;
~ lesi putih pucat (putih sekali);
~ lueh (sueh) [Kelantan] putih lesi;
~ melepak putih sekali, putih benar;
~ metah putih sekali;
~ pucat putih lesi;
(ber)putih mata
a) mendapat malu;
b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yang tidak senonoh, menunggu lama-lama dan lain-lain);
c) terlepas (peluang dan lain-lain);
~ sepor [Kelantan] putih sekali;
~ telur
a) bahagian daripada isi telur yang putih warnanya;
b) albumin (zat yang sebatian kimianya seperti putih telur);
(sampai) ~ tulang (sampai) mati;
~ umbut putih dan lembut;
~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat (peribahasa) baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia;
~ di luar kuning di dalam (peribahasa) perihal orang yang kelihatan baik pada lahirnya tetapi jahat di dalam hatinya;
~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan (peribahasa) putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pada keadaannya (tingkah lakunya);
belum tentu hitam putihnya (peribahasa) belum tentu keputusan sesuatu perkara;
(ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang daripada (ber)putih mata lebih baik mati daripada menanggung malu;
suruh ~ hitam datang (peribahasa) kemuliaan yang dikejar kehinaan yang diperoleh;

berputih;
~ mata (peribahasa) berhiba hati menanggung rindu (seperti seorang muda melihat tunangnya diambil orang);

memutih
1. menjadi putih, nampak putih-putih:
~ seperti kapas;
rambut mulai ~;

2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dan lain-lain):
~ kelihatan orang berhimpun di padang itu;

memutihi menyebabkan berwarna putih pada (oleh sesuatu):
kepalanya yang diputihi uban itu diusap-usap;

memutihkan
1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri:
~ kain dengan bahan kimia;

2. menjemur (kain dan lain-lain) sesudah disabun atau direndam dalam air sabun, mengelantang (kain dan lain-lain):
~ kain seperah;
menghitamkan dan ~
ki menentukan, membuat keputusan;
~ mata ki
a) memalukan;
b) menyakiti hati;

keputihan
1. keadaan atau hal putih;

2. sejenis penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih);

keputih-putihan agak putih, kelihatan putih;

pemutihan
1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah:
ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit;

2. gerakan (program atau proses) yang dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) untuk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin:
sejumlah 900,000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu.

berkongsi