1. segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain), warisan:
ayahnya baru meninggal dunia dengan meninggalkannya ~ yang agak banyak juga;
2. sesuatu yang diwarisi turun-temurun;
adat ~ adat yang turun-temurun;
keris (tanah) ~ keris (tanah) yang diwarisi turun-temurun;
3. = harta ~ [Minangkabau] harta turun-temurun daripada nenek moyang yang boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dan lain-lain;
~ rendah pusaka yang diperoleh daripada orang perseorangan (barang-barang pemberian dan lain-lain);
~ tinggi harta pusaka yang dimiliki oleh kaum (tanah dan lain-lain);
berpusaka beroleh (memiliki) pusaka;
memusakai menerima (mewarisi) pusaka daripada:
kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka;
waris-warisnya ~ hartanya;
memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kepada:
dalam wasiatnya segala hartanya dipusakakan kepada isteri dan anaknya.