habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah:
bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yang kian ~;
sebagai seorang yang berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dengan kerana hidupnya yang sengsara itu;
ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi;
harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya;
memupuskan membinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali:
adakah kasih sayang kita yang lama bercambah itu akan kita pupuskan?;
apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dari hatimu?;
~ malu menghilangkan malu;
terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dan lain-lain):
perbuatanmu yang derhaka itu merupakan suatu aib yang tidak akan ~ lagi;
kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali:
kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri;
memelihara warisan budaya daripada ~;
pemupusan perihal (perbuatan dan sebagainya) memupuskan, pemusnahan, penghapusan:
kadar pemulihan hutan yang tidak seimbang dengan kadar ~;
pemupus orang yang memupuskan;
~ orang orang yang menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat.