penghargaan kepada kebaikan (kelebihan dan lain-lain):
segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam;
puja-~ bermacam puja dan puji;
memuji
1. menyatakan penghargaan kepada sesuatu yang baik (indah dan lain-lain):
sumbangannya yang begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji;
2. memuliakan, menyanjung (nama Tuhan dan lain-lain):
~ nama Tuhan;
memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji:
baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu;
memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (untuk dipakai dan lain-lain):
para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu;
terpuji
1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya;
2. sangat baik (mutu dan lain-lain), termasyhur kebaikannya (mutunya dan lain-lain):
sifat-sifat yang ~;
pujian pernyataan memuji, kata-kata untuk memuji:
sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kepada murid-muridnya;
ubat ini sudah mendapat ~ daripada pemakai-pemakainya;
doa (sembahyang) ~ [Indonesia] doa bersama-sama pada petang hari untuk memuliakan Tuhan (Roman Katolik);
surat ~ surat yang mengandungi pernyataan memuji;
puji-pujian
1. perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dan lain-lain) sesuatu;
2. ayat-ayat pada permulaan surat dan lain-lain yang berisi pujian kepada orang yang dikirimi surat itu;
kepujian
1. yang dipuji, sangat terpuji:
~ dalam ilmu hisab dan sains;
pangkat ~ pangkat yang sangat terpuji;
2. = pujian;
mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian;
pemujian hal atau perbuatan memuji;
pemuji orang yang memuji.