profesional

1. yang berkaitan dengan (bergiat dalam) bidang profesion (seperti undang-undang, perubatan, dan lain-lain):
golongan ~;
ahli ~;

2. berasaskan (memerlukan dan sebagainya) kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu:
setiap pengurus atau eksekutif dalam satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~;

3. melibatkan pembayaran dilakukan (dilibati dan sebagainya) sebagai mata pencarian, mendapat bayaran:
mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~;

4. orang yang mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion;

memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional:
persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan untuk ~ pengurusan skuad negeri dengan melantik jurulatih asing;
pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dalam soal ~ jabatan dan anggotanya;

keprofesionalan kemampuan yang khusus (sebagai seorang profesional), keupayaan seorang profesional:
usaha untuk menumpukan perhatian pada aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.

berkongsi