sejenis besi tipis yang tajam dan berulu untuk memotong (menghiris dan lain-lain);
~ belati sejenis pisau kecil yang tajam (digunakan oleh kelasi kapal);
~ calung sejenis pisau besar yang bengkok hujungnya untuk menebas belukar;
~ cukur (pencukur)
a) sejenis pisau yang tajam untuk mencukur rambut;
b) [kiasan] perempuan yang suka menghabiskan wang (harta) lelaki;
~ dapur pisau yang digunakan di dapur;
~ getah sejenis pisau yang digunakan untuk menoreh getah;
~ lipat sejenis pisau yang matanya (bilahnya) boleh dilipat;
~ makan = ~ meja sejenis pisau yang digunakan untuk memotong daging waktu makan;
~ raut sejenis pisau kecil yang tajam untuk meraut rotan dan lain-lain;
~ runcing sejenis pisau tajam yang matanya tirus ke hujung;
~ sadap sejenis pisau untuk menyadap mayang kelapa dan lain-lain;
~ wali sejenis pisau kecil yang tajam untuk mengukir dan lain-lain;
berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia (peribahasa) kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata;
bermain ~ luka (peribahasa) seseorang yang melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya;
seperti ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul (peribahasa) kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain;
tajam ~ kerana diasah (peribahasa) jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar.
pisau I
berkongsi