pisah I

cerai, lerai;
ilmu ~ [Indonesia] ilmu kimia;
juru~ [Indonesia] pelerai, penegah, wasit;

berpisah
1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dan lain-lain), bercerai:
hendaknya Tuhan yang Maha Mengasihani akan menemukan saya dengan ayah sesudah sekian tahun ~;
mengucapkan selamat ~
mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang;

2. berenggang, berjarak, berjauhan;
hidup ~ [Indonesia] suami isteri yang belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi;

berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri;

memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dengan):
dia sengaja ~ dari keluarganya untuk mencari pengalaman;

memisahkan
1. meleraikan (orang yang bergaduh dan lain-lain), menceraikan:
Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yang berkelahi itu;
kawasan bukit yang kecil ini ~ lembah Sungai Sittang daripada lembah Sungai Irrawadi;

2. membezakan:
walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yang pokok daripada kepercayaan mereka:

3. mengasingkan yang satu daripada yang lain:
maksud kita ialah ~ barang itu dari kumpulannya yang semacam;
adat istiadat amat keras ~ mereka;

4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dan lain-lain) untuk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan:
hendak ~ masyarakat yang berbilang kaum;

terpisah
1. tidak bersatu (berdekatan, bersama, dan lain-lain), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri:
pulau itu ~ dari Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau;
pembicaraan yang ~;

2. lepas dr:
perjuangan menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yang tidak ~ daripada perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini;

terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai;

keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan;

perpisahan
1. perceraian;

2. hal berpisah;
malam ~ malam perjumpaan untuk menyatakan selamat berpisah;

pemisahan perihal (perbuatan dan sebagainya) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dan lain-lain);

pemisah
1. sesuatu yang memisahkan atau menceraikan;
badan ~ [Indonesia] badan yang tugasnya mengamankan segala persengketaan;
garis ~ garis yang memisahkan atau menyekat;

2. = juru~ jurupisah.

berkongsi