pinang I

sejenis tumbuhan (palma yang buahnya dimakan dengan sirih), Areca catechu;
~ kotai = ~ kosi

a) buah pinang tua yang dikeringkan;
b) sejenis binatang seperti halipan, gonggok;
c) [Kelantan] orang bodoh yang mempunyai sifat-sifat kekerasan;
~ masak
a) warna kuning kemerah-merahan;
b) buah pinang yang sudah masak;
~ muda
a) buah pinang yang masih muda;
b) alku, muncikari;
~ raja sejenis tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka;
~ sebatang

a) tidak mempunyai sanak saudara;
b) [kiasan] kurus dan tinggi;
seperti ~ dibelah dua (peribahasa) dua orang (suami isteri, teman dan lain-lain) yang hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan);
~ pulang ke tampuk (peribahasa) sudah cocok benar (sudah pada tempatnya);
~ tua merah ekor (peribahasa) [Minangkabau] perempuan yang sudah berumur tetapi berkelakuan seperti perempuan muda;
bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri (peribahasa) [Minangkabau] melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa;
darah baru setampuk ~ (peribahasa) masih muda benar;
kasihkan ~ sebatang daripada aur serumpun (peribahasa) [Minangkabau] lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.

berkongsi