pijar I

1. merah menyala kerana terbakar (logam);

2. pecahan logam yang menyala;
besi ~ besi yang merah menyala waktu ditempa;
lampu ~ lampu elektrik yang berisi dawai menyala;
mangkuk ~ bekas yang digunakan untuk membakar logam;

3. berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yang sudah ditumbuk);

4. panas betul (minyak):
lumuri daging dengan rempah dan goreng dalam minyak yang telah ~;

berpijar-pijar berapi-api seperti pijar;

memijar
1. membakar (logam) sehingga lembut;

2. [kiasan] mengeluarkan bahang (kepanasan):
di ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yang tak lagi ~;

memijarkan membakar besi (logam) untuk menjadikan pijar.

berkongsi