perwira

1. [sastera lama] berani, gagah:
ia seorang perajurit agung lagi ~;
~ perkasa = gagah ~
gagah perkasa;

2. [sastera lama] orang yang gagah berani, pahlawan:
maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung;

3. [Indonesia] pegawai tentera (daripada leftenan muda ke atas):
kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dengan berpangkat leftenan dua;
~ laut
pegawai dalam angkatan laut;
~ menengah pegawai tentera daripada kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan-kolonel);
~ penghubung pegawai tentera yang menghubungkan pasukan dan lain-lain dengan pasukan lain;
~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten);
~ tinggi pegawai yang lebih tinggi daripada kolonel;

keperwiraan
1. [sastera lama] keberanian, kegagahan, kepahlawanan:
riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~;

2. perihal perwira.

berkongsi