perut I

1. bahagian depan tubuh di bawah dada:
~nya buncit;
isi ~

a) kandungan perut (segala-gala yang ada dalam perut besar, usus, dan lain-lain);
b) segala perasaan yang terkandung dalam hati (isi hati);
membawa ~ berkunjung ke rumah orang dan lain-lain untuk makan (tidak membawa suatu apa pun);

2. organ dalam tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dan lain-lain):
makanan yang ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ untuk dicerna;

3. [kiasan] tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan:
apabila sampai ketikanya anak itu lahir dari ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pada masa kecil;

4. [bahasa kasar] makanan, rezeki:
jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yang diharapkan?

5. sesuatu (bahagian sesuatu) yang rupanya (bentuknya, letaknya, dan lain-lain) seperti perut manusia;
~ daun bahagian daun (rokok) yang mengandungi tembakau;
~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah;
~ kereta bahagian sebelah bawah kereta;

6. [arkaik] bahagian daripada suku atau bangsa;
buah ~ [Minangkabau] orang-orang dalam sesuatu suku (anak cucu yang turun-temurun daripada nenek perempuan);
~ besar
a) alat dalam tubuh yang menyerupai kantung tempat penghadaman makanan;
b) [bahasa percakapan] bunting, mengandung;
~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lawan permukaan bumi);
~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum;
~ kaki

a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki);
~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yang di tengah-tengah;
~ laut bahagian yang dalam di bawah permukaan laut;
~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yang berupa saluran yang panjang berlingkar-lingkar);
~ padi bahagian batang padi yang besar;
~ besar, entah anak entah tahi (peribahasa) tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak;
~ buncit lama-lama menjadi busung (peribahasa) sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya;
~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas (peribahasa) perihal orang yang amat susah (tidak dapat dihiburkan);
~ panjang sejengkal (peribahasa) berasa kecewa (gelisah);
mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup (peribahasa) pergi berdagang ke negeri lain untuk mencari penghidupan;
tak berkelipat ~ (peribahasa) orang yang tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri;
tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan (peribahasa) perihal orang yang tidak adil dalam menjatuhkan hukuman (seperti kaum kerabat dilepaskan daripada hukuman);

seperut
1. sama-sama dari satu perut;

2. [Minangkabau] berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yang sama;

berperut
1. mempunyai perut, ada perutnya;

2. berbentuk seperti perut (besar pada bahagian tengahnya);

3. mulai berisi (padi):
padinya sedang muda, sedang mulai ~;

memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dan lain-lain):
~ ikan.

berkongsi