periksa

selidik, penyelidikan, siasat;
kurang (tiada) ~
a) (saya) tidak tahu, entah;
b) kurang hati-hati (teliti);
salah ~ agak lambat (perbuatan);
usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian);

memeriksa
1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) untuk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dan lain-lain sesuatu:
ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya;
tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan;

2. menyelidik (mengkaji) untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dan lain-lain):
doktor yang ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut;
bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya;

3. menyiasat (kejadian, perkara, dan lain-lain), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yang dituduh dan lain-lain) untuk mengetahui kebenarannya (kesalahannya):
Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah;

4. mengamat-amati, mengawasi:
beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon;
baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan;

memeriksakan
1. memeriksa untuk (orang lain):
sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~;

2. meminta (membiarkan) supaya diperiksa;

peperiksaan ujian (untuk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang):
kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran;

pemeriksaan
1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan:
di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya untuk menentukan jenis penyakit yang dihadapinya;

2. hasil atau pendapat daripada memeriksa:
~ yang baik akan memberi panduan kepada kanak-kanak dalam pelajaran mereka;

pemeriksa orang yang memeriksa:
~ kira-kira.

berkongsi