perhati

memerhatikan, memperhatikan
1. mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat (pada):
ia tidak ~ sedikit pun kata-kata suaminya itu;

2. melihat (memandang, menengok) dengan teliti, mengamat-amati:
ibunya sangat-sangat ~ kelakuannya;

3. mengawasi, menjaga, memeriksai:
tugas saya dalam Dewan ini ialah untuk ~ bahawa setiap orang mendapat layanan yang sama;
tuan tidak ~ segala saudagar yang tinggal dalam daerah tuan;

perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dan sebagainya) pada sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan):
mereka memberikan sepenuh ~ pada pelajaran;
semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa;
menarik ~
menimbulkan minat (dan reaksi);
mengambil ~ mempedulikan;
~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pada apa yang akan dicakapkan (diumumkan dan sebagainya);

pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dan sebagainya memerhatikan atau mengamati sesuatu:
setelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal-usul penyakit itu;
~ jenis
(Pertanian) pengamatan, dan lain-lain yang dilakukan untuk menentukan hasil baja (yang terbaik dan lain-lain);
pada ~ saya berdasarkan apa yang sudah saya perhatikan atau amati;

pemerhati
1. orang yang mengikuti perkembangan sesuatu:
~ politik yang objektif akan menyetujui Perdana Menteri;

2. orang yang menghadiri persidangan dan sebagainya tetapi tidak mengambil bahagian dalam perbincangan dan sebagainya.

berkongsi