perangkap

1. alat untuk menangkap (kancil, harimau, dan lain-lain), jebak:
kami ke hutan menahan ~;

2. [kiasan] tipu muslihat untuk memperdaya dan lain-lain orang:
Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini;
aku terkurung dalam ~ serba salah;

~ laju sistem yang digunakan oleh pihak polis untuk mengesan pemandu kenderaan (kereta dan sebagainya) yang memandu melampaui had laju yang dibenarkan di jalan raya tertentu;
~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dan sebagainya) yang berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang;

memerangkap
1. menangkap orang dan lain-lain dengan perangkap, menjebak;

2. [kiasan] menipu, memperdaya:
hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah;

terperangkap
1. kena perangkap, terkurung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yang ~ dalam lombong;

2. terpedaya, tertipu:
Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~.

berkongsi