perang I

1. perkelahian (pertempuran dan lain-lain) dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri dan lain-lain:
~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan;
pecah ~

a) mulai terbit perang;
b) [sastera lama] kalah perang;

2. [kiasan] perbuatan beradu tenaga (kekuatan dan lain-lain), pergaduhan, perjuangan:
timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu;

3. [bahasa percakapan] = berperang bertempur;
pergi ~ pergi bertempur;
~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak bertempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dan lain-lain), usaha untuk melemahkan musuh dengan menunjukkan moralnya;
~ asap latihan perang;
~ atom perang dengan menggunakan senjata-senjata atom;
~ besar perang yang lama dan hebat;
~ biologi perang yang menggunakan virus atau kuman penyakit untuk memusnahkan manusia, tanaman dan sebagainya;
~ dingin
a) perang secara saling menggertak (belum menggunakan senjata lagi untuk menyerang dan sebagainya);
b) [bahasa percakapan] bergaduh dengan tidak bercakap (suami isteri dan lain-lain);
~ dunia perang yang besar antara beberapa buah negara besar di dunia;
~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yang melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (seperti penyekatan eksport dan import barang dan lain-lain) dengan tujuan hendak menghancurkan pihak musuh;
~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersembunyi);
~ harga persaingan harga yang sengit untuk menguasai pasaran antara firma-firma dalam industri yang sama, dengan menurunkan harga barangan masing-masing serendah yang mungkin;
~ kilat perang yang dilakukan dengan pantas dan mengejut supaya lekas habis;
~ kimia perang yang menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sebagai senjata;
~ konvensional perang biasa yang tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi;
~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang;
~ mulut (bicara) bertengkar dengan menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yang keras dan kasar, saling berbantahan;
~ nuklear perang yang melibatkan penggunaan senjata nuklear;
~ paderi perang antara kaum Islam dengan kaum adat (yang dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pada tahun 1821-1837);
~ pena pertengkaran (polemik) melalui tulisan di akhbar dan lain-lain;
~ sabil perang untuk mempertahankan agama Islam;
~ salib perang untuk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian);
~ (urat) saraf perang (persengketaan) setakat gertak-menggertak dan ancam-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang-menyerang dengan senjata;
~ saudara = ~ sipil [Indonesia] perang antara orang-orang yang sebangsa (atau antara puak-puak) dalam sesebuah negara;
~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila);
~ bermalaikat sabung berjuara (peribahasa) kita berusaha tetapi Tuhan yang menentukan berjaya atau tidak;
kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ (peribahasa) dikatakan tentang pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang;

perang-perangan
1. latihan berperang;

2. permainan berperang;

berperang melakukan perang, berjuang, bertempur:
mereka ~ untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka;

berperangan saling berperang:
umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan;

memerangi
1. berperang dengan, berperang melawan:
senjata itu sekarang digunakan pula untuk ~ rakyat Indonesia;

2. melawan, membasmi, menghapuskan:
faham-faham yang berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan;

memerangkan, memperperangkan
1. merebuntukan sesuatu dengan berperang, berperang untuk;

2. memperlagakan (mengadu) supaya berperang;

peperangan perang, perjuangan, pertempuran;
medan ~ medan (tempat) berperang.

berkongsi