pekak I

1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik, tuli:
ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga;

2. bengap, tidak nyaring bunyinya;
~ (-pekak) badak
a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar;
b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar;
c) tidak mendengar bunyi (suara) yang kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yang lembut;
~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit;
yang ~ pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah (peribahasa) setiap orang ada gunanya;

memekak membuat bising;

memekakkan
1. menjadikan pekak;

2. menyebabkan terasa pekak:
bunyi enjinnya ~ telinga;

terpekak pekak dengan serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dan lain-lain).

berkongsi